Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 27 Julai 2012

i SIHAT : Penyakit Jantung

Penyakit Jantung
Sakit jantung atau penginfarkan miokardium adalah sejenis penyakit yang boleh membawa maut kepada manusia.
Sakit jantung merupakan salah satu daripada beberapa jenis penyakit yang berkait dengan jantung. Sakit jantung yang biasa adalah:
  • (Coronary heart disease), terhasil akibat pengumpulan mendapan atheromatous (atheromatous plaques) dalam dinding ateri yang membekalkan myocardium.
  • (Ischaemic heart disease), penyakit yang berciri-cirikan pengurangan bekalan darah kepada jantung.
  • (Cardiovascular disease), kelas penyakit yang membabitkan jantung/ saluran darah (arteri dan vena).
  • (Cor pulmonale|Pulmonary heart disease), kegagalan pada ventrikel kanan jantung.





Penyakit jantung, stroke atau periferal arterial merupakan penyakit amat bahaya, ia membawa maut. Di seluruh dunia, jumlah penderita penyakit ini kian bertambah. Dewasa ini, pada orang dewasa di Amerika, penyakit ini penyebab kematian yang utama. Fakta ini berdasarkan pengetahuan yang dirujuk dari sumber pengetahuan umum.

Seiring berubahnya pola hidup, manusia bergerak dari perlahan dan kemudian semakin deras. Manusia meninggalkan kehidupan yang lalu dan membina kehidupan yang baru. Seperti beralih dari kehidupan desa kepada kehidupan bandar. Kemudian, berubah kepada kehidupan kota melahirkan gaya hidup kurang sihat dilakukan berulang ulang. Penyakit jantung atau serangan jantung lahir dan membiak dari perubahan tersebut. Arakian, faktor faktor pemicu atau punca yang memangkinkan serangan jantung ialah tabiat merokok, mengambil makanan dari kandungan kolestrol yang tinggi, tidak aktif atau kurang bergerak, jemu atau malas berolahraga, menghadapi tahap stress yang tinggi secara konsisten dan kurang masa berehat.



Dari huraian itu, seolah menyampaikan naratif lesu masyarakat kota yang semakin menjarakkan diri mereka mendekati jiwa atau ruh kerana mengejar kebendaan dan bekejar kejaran merebut urusan hidup di dunia semata mata. Nyata, kehidupan begitu sungguh kejam atau tirani. Sehingga, kebanyakan manusia ikut terpengaruh membelakangi segenap pertimbangan ruhani.
Serangan jantung ini bukan hanya sekadar penyakit. Malah ia lebih wajar disimbolkan sebagai gejala gejala. Gejala gejala ini bagi setiap orang boleh berbeza beza. Mungkin, penyakit ini mulanya hanya rasa sakit yang tidak jelas. Sukar diungkap, seperti suatu rasa yang tidak nyaman tapi kabur atau masih samar. Jadi, perasaan tersebut diabaikan atau selalunya tidak diberi perhatian. Melainkan, jika ia berpunca dari rasa sesak di tengah dada dan terdesak menanganinya.
Huraian doa ini dari perspektif penyakit jantung :
Anda boleh memastikan samaada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang mengidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya anda mengambil langkah-langkah pencegahan walaupun tidak mempunyai keturunan yang pernah sakit jantung.
Mereka yang mempunyai kecenderungan mendapat penyakit jantung juga digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
Senaman yang dimulakan secara beransur-ansur, akan membantu merangsang aliran darah untuk mengalir dengan lebih lancar. Pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum mula bersenam, dan mulalah bersenam secara beransur-ansur.
Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan, dengan itu mengurangkan kadar berlakunya arthrosklerosis. Bagaimanapun, serat semulajadi juga banyak terdapat dalam sayuran dan buah-buahan segar dan pengambilan sayur dan buah-buahan segar juga mampu menyerap kalesterol.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

http://www.my.pyotravel.com/hoteldeal/malaysia/langkawi-hotel
http://www.samsung.com/my/jointeammalaysia/
http://ahlussyifa.com.my/pesakit-jantung.html
                                                                    iklan dari ; google

1 ulasan:

  1. Sebagai warga negara yang ingin bergerak selangkah kehadapan,pasti kesihatan tidak boleh diabaikan terutamanya permakanan yang seimbang..

    BalasPadam